.

Kelebihan Dakwah ISMA

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Berpaksikan kepada dakwah yang dibawa oleh Imam Al Banna bahawa dakwah ikhwan berpaksikan kepada 3 unsur penting iaitu, Imanul A`miq, wal fahmu daqiq dan al amal mutawasil( Iman yang mendalam, kefahaman yang mantap dan amal yang berterusan) maka begitu juga dakwah yang dibawa oleh ISMA dalam mendepani dakwah di Malaysia.

    Iman yang mendalam merupakan paksi penting dalam da
    kwah. ISMA amat menitik beratkan peranan Iman dan hubungan dengan Allah Taala.Dakwah tanpa penekanan terhadap Iman merupakan dakwah songsang. Dakwah bukannya pengurusan strategik semata-mata untuk terus mara ke depan. Tetapi semua teori pengurusan dan strategik merupakan wasilah dakwah.
    Kefahaman yang mendalam terhadap fikrah dan dakwah menjadi tonggak penting dalam menentukan hala tuju dakwah. Ianya merangkumi usul dakwah dan harakah,marhalah dakwah dan waqei yang dilalui.Dakwah bukannya berorientasikan peluang semata-mata. Mengejar dan mengambil peluang yang ada tanpa melihat kepada kemampuan tetapi peluang yang terbuka diambil sebaik mungkin dengan memaksimumkan kemampuan yang ada.

    Amal berterusan merupakan kesinambungan dakwah yang berterusan dari satu generasi ke generasi seterusnya mengikut marhalah dan waqei dakwah yang ada.Ianya proses berterusan sehingga matlamat akhir tercapai iaitu kembalikan khilafah dan sumber perundangan alam ini kepada hukum Allah.

    Berdasarkan tiga paksi penting ini, antara keistimewaan dakwah ISMA ialah,

    1. Dakwah yang bertunjangkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

    2. Dakwah yang menjadikan syura amalan lazim untuk buat keputusan.

    3. Dakwah yang syumul dan menyeluruh bertepatan dengan kesyumulan Islam

    4. Dakwah yang mendasari kepada seluruh anggota masyarakat iaitu dakwah untuk dewasa,belia,remaja dan kanak-kanak.

    5. Dakwah yang mengutamakan kepentingan tarbiah bermula dari tarbiah individu dan seterusnya.Kesedaran politik, ekonomi , kemasyarakatan dan lainnya hasil dari pemahaman tarbiah yang sahih.

    6. Dakwah ISMA bukan dakwah kepartian berasaskan parti politik dan pilihanraya tetapi parti politik dan pilihanraya adalah wasilah dakwah untuk menyampaikan Islam.

    7. Dakwah ISMA bukannya untuk menyaingi gerakan dakwah yang ada tetapi menerima kepelbagaian uslub dakwah dan pandangan untuk sama-sama bekerjasama dan bermuafakat . Bersepakat dalam perkara yang boleh disepakati bersama dan menerima perbezaan pandangan mengikut pandangan masing-masing selagi mana ianya masih dalam keharusan syarak.

    8. Dakwah yang melihat kepada waqei dan keperluan ummat setempat. Dakwah ISMA berfokus kepada bangsa Melayu kerana melihat kepada waqei dan keperluan yang ada tetapi tidak meninggalkan bangsa-bangsa lain yang seagama.Slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat bukannya bermakna ISMA mengenepikan bangsa lain dalam menegakkan syariat Islam di Malaysia. Tetapi ianya merupakan fokus yang diutamakan berdasarkan situasi di Malaysia bangsa Melayu merupakan tonggak Islam di Malaysia.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net