.

Bukan Sekadar Ikut-Ikutan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Kota Bharu, 20 Julai: Manfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada di dalam bulan ramadhan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, jelas ustaz Abdul Rahman Iskandar, ahli jawatankuasa tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan di dalam seminar menyambut ramadhan bertempat di perpustakaan Az-Zahra' pagi ini.



    Menurutnya salah satu rukun puasa ialah niat dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa, niat ni ada tiga bentuk katanya, pertama, tiap-tiap malam, kedua niat sebulan terus mengikut mazhab imam Maliki rahimahullah manakala sekiranya berlaku keuzuran (tidak mampu berpuasa) bagi orang yang berniat sebulan penuh maka hendaklah dia mengulangi niatnya ketika mampu untuk berpuasa sekali lagi dengan lafaz, sahaja aku berpuasa mulai esok sehingga habis ramadhan kerana Allah Taala. Manakala pendapat yang ketiga pula ialah dengan bangun bersahur sudah dikira berniat mengikut mazhab imam Ahmad bin Hanbal.

    Pastikan ada sandaran yang sahih, bukan sekadar ikut-ikutan tanpa usul periksa semata-mata dalam menjalani ibadah puasa kata Dr Wan Muhd Riduan Bin Wan Jaffar 29.

    Seminar menyambut ramadhan itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh ahli ISMA Kelantan.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net