.

Obama bunuh Osama

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka kita sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara kita di dalam Islam.
    Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.


    Jangan pula kita menuduh saudara seagama dengan kita sebagaimana dakwaan orang kafir terhadap saudara kita.Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, kita serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu kita tidak menyokong keganasan tersebut bahkan dia perlu diadili dan dihukum dengan hukum syarak.


    Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Baghdad telah dihempap dengan bertan-tan bahan letupan dalam tempoh beberapa jam pada permulaan serangan. Bagaimana dengan Libya, buru Gadafi rakyat yang merana. Kenapa baru sekarang nak jatuhkan Gadafi setelah rakyat mula memberontak. Kezaliman Gadafi sudah hampir separuh abad tidak dihiraukan.

    Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Yahudi yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat mendokong Yahudi. Berapa banyak Amerika menggunakan kuasa veto menghalang resolusi PBB hanya baru deraf untuk mengutuk Yahudi bukannya untuk menyerang.


    Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Yahudi lebih patut disebut sebagai ganas . Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai pengganas. Amerika mendakwa dunia akan kembali aman, adil dan sebagainya lagi dengan kematian Osama. Adakah keganasan yang berlaku di dunia selama ini adalah angkara Osama dan kumpulan al Qaeda. Keganasan Amerika dan Yahudi sudah tidak terkira banyaknya, hanyalah Allah sahaja yang tahu.

    Sekian, wassalam.




    YDP ISMA Kelantan



    merangkap YDP Majlis Syura Isma Malaysia

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net