Istiqamah Hati
Kota Bharu, 5 April: Katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian istiqamahlah, walaupun hadis ini dua tiga patah sahaja dari Rasulullah S.A.W, tetapi baginda membawa banyak makna, antaranya, sepertimana maksud ayat, mereka yang berkata Tuhan kami ialah Allah, ini bermakna tidak menyekutukan Allah, tidak mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu sesuai dengan ikrar kita di dalam solat, sesungguhnya solatku, ibadahku (pengorbananku), hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan alam semesta, inilah yang dinamakan istiqamah hati jelas ustaz Muhammad Ismail, AJK ISMA Kota Bharu.
Begitu juga lidah kita, ianya perlu lurus, sekalipun kita bergurau senda, ianya tidak boleh melampaui batas agama Allah, sabda Rasul S.A.W yang bermaksud, tidak istiqamah iman seseorang sehinggalah istiqamah hatinya, dan tidak istiqamah hati seseorang sehingga istiqamah lidahnya katanya lagi.
Ustaz Muhammad berkata demikian di dalam tazkirah ringkas program malam bina iman dan taqwa (MABIT) anjuran biro tarbiyah ISMA Kota Bharu.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
Gambaran Syurga
Syurga… ana (saya) teringat, sebenarnya, semua kemewahan
atas dunia yang dibuat dan direka. Semua perkara tersebut kemungkinan besar mereka
(ahli dunia dan orang yang buat filem) ambil dari ayat-ayat syurga, bidadarinya, istana atas bukitnya dan
sebagainya.
Pernah berlaku, seorang pembesar
masuk Islam, ketika di mekah, berlaku kes dengan orang biasa, bila dibuat laporan
tentang hal ini, pembesar itu lari ke arah Rom. Ketika itu juga saiyyidina Umar
menghantar utusannya untuk melihat apa yang dilakukan oleh pembesar tersebut.
Rupa-rupanya
ketika di sana, pihak raja telah memanggil pembesar tersebut untuk masuk
istana, pembesar tersebut diberi kemewahan, hidangan dan akhirnya keluarlah
seorang perempuan dalam keadaan menari, dia keluar dari pintu dengan membawa
minyak wangi di sebelah kanan, debu wangi sebelah kiri, dan seekor burung
merpati di atas kepala, akhirnya burung merpati tersebut terbang ke sebelah
kanan dan mengibas-ngibas sayapnya sehingga basah bajunya dengan minyak wangi tersebut, dan selepas itu
burung itu terbang pula sebelah kiri dan mengibas-ngibas sayapnya sehingga
penuh debu dan kemudiannya terbang kearah raja tersebut, dek kerana
wangi-wangian tersebut, tertidurlah raja tersebut. Perkara ini berlaku pada zaman sayyidina Umar
al-Khattab yang diceritakan oleh ayah saya 25 tahun dahulu.
Inilah sebenarnya gambaran syurga
yang difikirkan oleh ahli dunia dengan
menterjemahkan dalam kehidupan mereka.
Sedangkan syurga itu tidak boleh dibayangkan oleh mata, tidak boleh didengari oleh
telinga dan tidak boleh digambarkan oleh lintasan hati.
YDP ISMA Kota Bharu,
Ustaz Nik Ab. Rahim Nik Abdul
Aziz
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
Ganjaran Dari Allah
Katanya
lagi, tidak ada kuasa manusia yang boleh mengubah dan mengganggu ayat-ayat suci
al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. pernah terjadi Baginda S.A.W ditanya oleh
orang-orang kafir Quraisy, kenapa mukjizat tidak diturunkan kepada mereka,
jawab Rasulullah S.A.W, sesungguhnya mukjizat itu milik Allah dan Dia akan
turunkan kepada mereka yang dipilih olehNya.
Ambillah
manfaat dengan berita-berita, kesan-kesan dan bukti-bukti sejarah yang terdapat
di dalam al-Quran, sepertimana kisah fir’aun yang jasadnya masih ada di bumi
Mesir. Kalau berita-berita dalam surat khabar, ianya akan diingat untuk dalam
tempoh sebentar. Tetapi al-Quran tidak begitu, bagi orang-orang yang
mentadabbur ayat-ayat al-Quran, mereka akan mendapati apa yang telah berlaku,
sedang berlaku dan akan berlaku serta menghidupkan jiwa-jiwa orang mukmin,
nasihat ustaz Muhammad kepada 30 orang ahli jemaah yang hadir.
Dalam
pada itu ustaz Muhammad turut menekankan akan kepentingan taubat, katanya, mintalah
keampunan dari Allah daripada dosa-dosa yang dilakukan, Allah Maha Pengampun,
sifat pengampunanNya mengatasi keampunan manusia. Allah sangat-sangat suka
kepada orang yang beristighfar.
Kesedaran
adalah satu taufik dari Allah, sepertimana yang berlaku kepada seorang
penjenayah yang ingin bertaubat dan telah membunuh 99 orang dan
menyempurnakannnya sehingga seratus orang dek kerana orang yang terakhir
dijumpainya memberitahu padanya bahawa taubatnya tidak akan diterima oleh
Allah.
Begitu
juga firaun, saat nazaknya , ketika hampir tenggelam di dalam laut, dia
bertaubat dengan beriman kepada Robb Musa dan Harun, tetapi Allah tidak terima
taubatnya kerana pintu taubat sudah ditutup.
Ganjaran
dari Allah, ada yang diberikan terus di dunia dan ada yang disimpan untuk
dikutip hasilnya pada hari akhirat jelas ustaz Muhammad di akhir kuliahnya.
Disediakan
oleh:
Abu
Hafizoh
Wartawan
Media ISMA
Kita akan jawab
Katanya lagi, di dalam ayat
al-Quran, Allah bertanya, apakah Kami tidak memanjangkan umur kamu?, mengikut
pendapat Ibnu Abbas, umur 60 tahun sudah dikira umur panjang, manakala pendapat
kedua mengatakan , istilah umur panjang 18 tahun, pendapat ketiga mengatakan
umur 40 tahun, manakala pendapat ke empat pula ialah ketika berumur baligh.
Ana (Saya) pernah mendengar orang
tua kecek (bercakap), dia kata bila umur 40 tahun, kalau masih lagi tidak
berubah dengan umur seperti itu, tidak ada hari lagi untuk berubah, tidak ada
masa lagi untuk berubah. Sebab itu, bermula dari sekarang, kita ada peluang
lagi untuk bermuhasabah dan membaiki segala kekurangan kita.
Beliau turut menekankan tentang
umur manusia, katanya, ahli tafsir berpendapat, kalau umur bertambah panjang,
maka dia adalah orang yang berhak untuk berfikir, ruangnya untuk berfikir
adalah banyak.
Katanya lagi, al-Quran yang kita
baca hari ini, al-Quran inilah yang dibaca pada zaman Rasulullah S.A.W, cubalah
lihat dan tengok makna-makna yang ada di dalam ayat al-Quran agar ianya memberi
bekas kepada jiwa-jiwa dan perasaan kita semua.
Bila turun ayat Surah An-Nasr,
Rasulullah S.A.W memberitahu Aisyah isterinya, bahawa ajalnya telah hampir, Sayyidina
Umar al-Khattab bertanya kepada Ibnu Abbas, apakah ayat ini menekankan agar
beristighfar? Maka jawab Ibnu Abbas, tidak, tetapi ianya menandakan, saat
hampirnya Rasulullah dengan kewafatan. Bermula dari turunnya ayat inilah,
Rasulullah S.A.W akan memuji Allah dan memohon keampunan kepadaNya di dalam
rukuk dan sujudnya.
Bila cukup tempoh 60 tahun, Allah
tidak akan beri ruang untuk berhujah dihadapanNya, kerana rahsia akan
berlakunya kiamat telah dibongkar oleh Allah keseluruhannya. Tidak ada seorang
doktor pun yang boleh mengkhabarkan tentang saat kematian kita ujar ustaz Muhammad semasa mengakhiri kuliah maghrib tersebut..
Kuliah maghrib yang berlangsung
di masjid mukim Lundang itu dihadiri oleh kira-kira 50 ahli jemaah dari
kalangan penduduk setempat.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
Salam Takziah
Assalamualaikum w.b.t, untuk makluman, Ibu kepada Ustazah Wan Azilah Binti Wan Abdullah, Mantan Ketua Wanita ISMA Kota Bharu, juga Isteri kepada YDP Majlis Syuro ISMA, UStaz Sharipudin Ab Kadir, Telah Meninggal Dunia di Felda Belara, Sungai Tong, Terengganu pada kira-kira jam 12.30 PM tadi akibat sakit tua. Mohon doakan moga roh ibu beliau dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orng2 yang beriman..
![]() |
| Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah |
Penuhkan Aktiviti Kehidupan
Kota
Bharu, 8 Feb: Rebutlah lima perkara
sebelum datang lima perkara, masa muda kamu sebelum datangnya tua, kena ambil
kesempatan yang ada untuk dibaiki, cuba jaga solat jemaah, baca al-Quran,
penuhkan aktiviti kehidupan dengan ibadah tegas ahli jawatankuasa ISMA cawangan
Kota Bharu, ustaz Muhammad Ismail.
Ustaz
Muhammad juga memperingatkan ahli yang hadir agar menjaga kesihatan kamu
sebelum datangnya sakit, kesihatan satu pemberian dari Allah katanya.
Kita dapat
menilai nikmat kesihatan itu bila kita sakit. Beberapa hari lepas seorang guru
di sekolah saya, berumur 40an, sakit kencing manis yang terlalu teruk dan kanser di otak, selepas melakukan pembedahan, keluar sahaja dari wad terus meninggal dunia.
Harta
yang diberikan kepada kita kena guna untuk kebaikan, akan ditanya, dari mana ia
datang dan kemana ianya digunakan ujarnya lagi.
“Masa
lapang kamu, adakah dibiarkan begitu sahaja, maka gunalah ianya ke arah perkara
berfaedah”.
Kamu
hidup sebelum kamu mati, masa hidup inilah untuk kita memperbaiki amal, jangan
jadi seperti golongan mujrimun (pendosa) yang minta kepada Allah untuk pulang
kembali ke dunia buat melakukan amal soleh. Tidak mungkin Allah akan hantar
balik manusia ke dunia.
Disediakan
oleh:
Abu
HafizohWartawan Media ISMA
Sedutan Ucapan YDP ISMA Kota Bharu Sesi 2013/14
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين, والصّلاة والسّلام على رسول الله, وعلى آله وصحبه أجمعين
Segala puji bagi Allah, segala puji bagi Allah, segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W, sahabat-sahabatnya serta ahli keluarganya.
Ikhwah dan akhawat yang
dirahmati Allah sekelian,
Moga perjalanan jamaah kita di
Kota Bharu, di Kelantan, berjalan dengan
baik dan berkembang fikrah kita, dan kita yakin bahawa fikrah kita adalah
fikrah yang terbaik, dan orang lain pun boleh juga mendakwa dengan mengatakan
bahawa fikrah mereka adalah fikrah yang terbaik dengan syarat sumber kepada
fikrah tersebut mestilah daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W
Ana (saya) ingat lagi kata-kata
IR Ahmad Solah apabila seorang ikhwah bertanya kepadanya adakah manhaj ini
manhaj ikhwan Mesir atau manhaj ikhwan dauli (antarabangsa) beliau menjawab, bahawa manhaj ini adalah manhaj dari Allah S.W.T, bukan manhaj ikhwan tetapi
manhaj Allah yang terkumpul dari Al-Quran, Sunnah dan sirah Nabi S.A.W
Pada hari ini juga ana bacakan juga
untuk ingatan kepada ikhwah dan akhawat semua apa yang telah disebutkan oleh
saiyyidina Abu Bakar R.A. bukanlah ana yang terbaik dari kalangan ikhwah dan
akhawat semua.
Yang kedua ucapan Doktor Nasr
Farid Waasil mantan mufti Mesir dahulu, ketika ditanya oleh seorang penyanya
pada malam perlantikannya sebagai mufti Mesir, apabila anda dilantik, adakah ia
merupakan satu tasyrif, takrim atau taklif, maka jawabnya, apabila anda
dilantik maka ia adalah satu taklif, tasyrif adalah satu pengurniaan kepada
diri anda, takrim satu kemuliaan kepada diri anda, manakala taklif pula adalah
satu tanggungjawab bagi diri anda.
Rentetan dari itu, ana bacakan
sepuluh wasiat al-Imam Hasan Al-Banna sebagai renungan untuk diri ana dan juga
ikhwah dan akhawat semua.
Pertamanya, bersegeralah kamu
sembahyang apabila kamu mendengar azan walau apa keadaan kamu sekalipun.
Kedua, bacalah al-Quran ataupun
teliti ataupun mendengar ataupun sebut nama Allah selalu, jangan biarkan satu
juzu’ pun daripada masa hilang atau dibiarkan kepada perkara yang tidak
berfaedah.
Ketiga, berusahalah bercakap
dalam bahasa arab fushah, bahasa arab kebangsaan, kerana ia adalah syiar Islam.
Ini masalah yang dihadapi sekarang, orang yang tidak belajar bahasa arab
bercakap lebih-lebih tentang Islam. Inilah puak-puak liberal yang cuba nak
memahami Islam dengan akal.
Keempat, jangan kamu berbalah,
bertengkar dalam apa masalah sekalipun kerana pertengkaran tidak membawa kepada
kebaikan.
Kelima, jangan kamu banyak suka,
kerana hati yang berhubung dengan Allah Taala tenang dan bebas, hati ni tenang dan jernih,
maknanya, kita tidak boleh banyak bersuka-suka yang tidak mendatangkan faedah.
Keenam, jangan banyak bergurau,
kerana umat yang bermujahadah tidak tahu melainkan bersungguh-sungguh.
Ketujuh, jangan kamu angkat suara
kamu lebih daripada apa yang diperlukan oleh orang yang mendengar, jangan
angkat suara lebih tinggi atau lebih suara daripada yang diperlukan oleh dia
(orang lain). Kerana ia satu yang menyakitkan. Perbuatan mengangkat suara itu
tidak sopan dan menyakitkan orang.
Kelapan, jauhi daripada mengumpat
seseorang ataupun mengkritik badan-badan, organisasi-organisasi. Jangan kamu
bercakap melainkan hanya kebaikan sahaja.
Kesembilan, kenalilah ataupun
berkenalanlah dengan orang yang kamu jumpa daripada sahabat-sahabat kamu kaum
keluarga kamu walaupun ia tidak minta daripada kamu kerana asas dakwah ini
ialah al-hubb, berkasih sayang dan juga berkenalan. Ini berlaku pada orang
barat, orang barat ni dia open (terbuka) maknanya kalau dia berkenalan dia akan
perkenalkan nama dia sama dengan orang cina kalau dia bertemu dengan kita dia
bagi kad, ini adalah ajaran Islam.
Kesepuluh, kewajipan berkerja,
kerja sebenarnya lebih banyak daripada waktu, maka tolonglah, bantulah orang
lain supaya dia boleh ambil faedah, ambil manfaat dengan waktunya ataupun
dengan maksud tolong orang lain isikan waktunya dengan benda-benda yang
berfaedah. Sekiranya kamu ada kerja yang penting maka cubalah ringkaskan kerja
itu untuk mencapainya. Jadi ikhwah tolong ingat balik wasiat al-Imam Hasan
Al-Banna ini.
Seterusnya yang ketiga, sedikit
polisi, apabila kita pegang jawatan, maka segala polisi yang kita ambil yang
kita nak bawa apa-apa organisasi dalam masyarakat. Ana nak tekankan sikit
bahagian dalaman, maknanya manhaj, maknanya penguasaan manhaj semua
peringkat,kita kena cuba ilmam (tahu faham) semua apa yang terkandung dalam
manhaj ini. Hal-hal yang perlu di daurahkan kita akan panggil ikhwah daripada
pusat. Agar mereka boleh bagi daurah yang lebih baik lebih faham.
YDP ISMA Kota Bharu
Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul
Aziz
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
Islam Mempunyai Tabiat Dakwah
Kota Bharu, 2 Feb: Di
antara kelebihan yang ada pada umat Muhammad S.A.W ialah kemampuannya untuk
bangun awal, mudah-mudahan apa yang dilakukan oleh kita semua pada pagi ini
mendapat rahmat kasih sayang Allah. Sesungguhnya Allah akan bagi dunia pada
sesiapa yang cinta pada dunia tersebut, adapun nikmat iman dan Islam, Allah
akan bagi hanya pada orang yang Dia pilih, jelas ustaz Muhammad Fauzi Asmuni,
Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Ustaz Fauzi turut menyentuh
hati-hati jemaah yang dengan katanya, agama itu nasihat, iaitu menasihati
manusia agar kembali kepada Allah, menasihati manusia agar kembali kepada ajaran
Rasulullah S.A.W, memberi nasihat kepada pemimpin-pemimpin Islam dan
nasihat-menasihati adalah merupakan sunnah juga budaya dalam Islam.
Katanya lagi, sebahagian dari
umat kita beranggapan bahawa pertembungan yang berlaku ialah kerana umat Islam
itu sendiri, kalaulah kerana itu sebenarnya, nescaya Nabi Muhammad S.A.W tidak
dimusuhi, tetapi sebaliknya yang berlaku, Nabi yang dicintai oleh kaumnya itu tetap
dijadikan musuh ketat oleh orang-orang kafir, jadi jelas di sini pertembungan
ini terus menerus berlaku sejak zaman dahulu hinggalah ke hari ini.
Allah telah menggambarkan tentang
tabiat pertembungan ini di dalam kitabNya yang mulia, mereka (musuh-musuh Islam
dari orang-orang yahudi dan nasrani) sama
sekali tidak akan redha hinggalah kalian mengikuti agama mereka, juga
dalam ayat yang lain, mereka sentiasa akan memusuhi kamu secara berterusan
sepertimana yang berlaku di Palestin, mereka dihalang dari melakukan solat di
masjid al-Aqsa oleh yahudi selama berpuluh-puluh tahun, ini menunjukkan
penghapusan agama yang cuba dilakukan secara halus oleh musuh-musuh Islam.
Ustaz Fauzi turut memperingatkan
ahli jemaah bahawa proses normalisasi di Malaysia telah berlaku pada kalimah
Allah, kongsi raya, penghapusan identiti sehingga orang melayu malu hendak
mengaku melayu dan sebagainya, hal ini kesannya bukan sekarang, tetapi akan
berlaku untuk jangka masa panjang kepada generasi-generasi kita yang akan
datang.
Kuliah subuh di masjid Sultan
Ismail Petra itu telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang ahli jemaah. Turut
hadir, YDP ISMA Kota Bharu yang baharu, ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz.
Disediakan oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
Subscribe to:
Posts (Atom)






















